Jumat, 17 Mei 2013

Hal-hal yang disukai Allah, Nabi dan para sahabat

Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabat-sahabatnya dan bertanya kepada mereka bermula di tanyakan kepada Sayyidina Abu Bakar:  "Apa yg kamu suka dari dunia ini?"
Dan berkatalah Sayyidina Abu Bakar ra.
"Aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1. Duduk-duduk bersamamu Rasulullah
2. Melihat wajah Mu ya Rasullah
3. Aku korbankan harta ku untuk Mu ya Rasulullah "
Lalu Rasulullah bertanya dengan Sayyidina Omar ra. "Bagaimana pula dengan mu ya Omar?"
Jawab sy Omar:
"Ada 3 perkara juga yang aku suka:
1. Membuat kebaikan walaupun dlm keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2. Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan
3. Berkata yg benar walaupun pahit "
"Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?"
Berkata Sayyidina Uthman
"Ada 3 perkara yang aku suka:
1. Memberi  makan
2. Memberi salam
3. Bersolat malam di waktu manusia tidur "

"Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali?"
"Aku juga cintakan 3 perkara:
1.Memuliakan tetamu
2.Berpuasa di musim panas
3.Dan memukul musuh dgn pedang "
Kemudian bertanya Rasulullah pada Abu Dzar "Apa yang kamu suka di dunia ini?"
Berkata Sayyidina Abu Dzar
"Aku suka 3 perkara di dunia ini:
1.Lapar
2.Sakit
3.Mati "
Kemudian Rasullah bertanya, "Kenapa wahai Abu Dzar?"
Berkata Sayyidina Abu Dzar, "Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati. Aku sukakan sakit karena untuk mngurangkan dosa-dosaku. Aku sukakan maut karena untuk bertemu Tuhanku"

Kemudian bersabdalah Rasulullah saw :
"Aku cintakan dr dunia ini 3 perkara:
1. Wangi-wangian
2. Wanita yang solehah
3. Sembahyang menjadi penyejuk hatiku "
Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah dan para sahabat. Kemudian malaikat Jibril mengatakan
 "Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:
1. Menyampaikan risalah
2. Menunaikan amanah
3. Cinta terhadap orang miskin "

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi dan berkata
"Sesungguhnya  Allah SWT mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah swt berkata; Sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
1. Lidah yang sentiasa berzikir
2. Hati yang sentiasa khusyuk
3. Jasad yang sabar menanggung ujian."

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar